Kadir Jasin, merupakan Penasihat Media Perdana Menteri dan juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu tidak mempunyai akses kepada Menteri Kewangan sehingga bertanya melalui Facebook.

Bukan itu sahaja, Rais Yatim juga kecewa dengan Gaji yang mewah untuk CEO Sime Darby dan luahkan di dalam Twitter!

Tony Pua adalah orang yang bertanggungjawab menyusun lantikan di dalam GLC, beliau sepatutnya memberikan kenyataan dan jawapan kepada pertanyaan Kadir Jasin dan Rais Yatim.

Saya menggesa GLC di bawah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk berkongsi kesengsaraan rakyat, GLC sepatutnya menunjukkan contoh bagaimana untuk membuahkan ekonomi yang mampan untuk rakyat berkongsi kesenangan.

Dengan gaji lebih suku juta sebulan adalah memang tidak masuk akal dan saya meminta SPRM juga untuk menyiasat SOP dan kemungkinan pecah amanah di dalam pelantikan CEO Sime Darby.

Datuk Mohd. Razlan Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.