Exconya, Muhammad Hafiz Azhar berkata, kegagalan Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawab tentang isu kekayaan luar biasa anak-anaknya serta skandal Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Nika Ghee bermakna hak untuk bersuara dalam PPBM sudah mati.

"Saya bersama ahli-ahli di peringkat akar umbi sekali lagi mendesak supaya isu terbabit dijawab dan jangan senyap begitu sahaja.

"Akar umbi mahu tahu apa yang sedang berlaku, bukan susah mereka hanya perlu jawab sahaja," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE