Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut apabila ditanya bagaimana khabar angin tersebut boleh timbul jika benar beliau gembira dalam Bersatu selepas meninggalkan UMNO.

“Tidak,” katanya ringkas melalui WhatsApp ketika ditanya apakah benar beliau bercadang mahu keluar Bersatu selepas khabar angin mengenainya tersebar sejak beberapa hari lalu.

Pada 14 Disember tahun lalu, Mohamad Fasiah bersama lima lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti dan menjadi Bebas, sebelum menyertai Bersatu tidak lama selepas itu.

Lima yang lain ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz - UTUSAN ONLINE