Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin berkata, ini kerana ia melibatkan janji Pakatan Harapan kepada rakyat sebelum ini.

“Cadangan PTPTN untuk memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam adalah sesuatu yang amat dikesali.

“Saya juga ingin menyeru Dr.Mahathir untuk masuk campur dalam hal ini kerana ia melibatkan janji Pakatan Harapan dan juga aspirasi anak muda yang tidak ingin melihat isu kos sara hidup tinggi menjadi satu lagi beban kepada generasi yang akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, PTPTN dilaporkan mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.

Menurut Afif memperkenalkan semula amalan yang dipraktikkan oleh Barisan Nasional (BN) adalah sesuatu perkara yang tidak patut dipertimbangkan oleh Pengerusi PTPTN,Wan Saiful Wan Jan. - UTUSAN ONLINE