Ketika ditanya mengenai gesaan Anwar supaya Mohamed Azmin berundur sekiranya video seks yang dikaitkan dengan dirinya adalah tulen, Ahli Parlimen Gombak itu dengan tegas meminta Anwar melihat ke dalam cermin.

"Baca gerak bibir saya. Beritahu dia (Anwar), dia patut lihat dirinya dalam cermin.

"Muhasabah. Suruh Anwar untuk muhasabah. Tolong lihat dirinya sendiri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Kenyataan Azmin itu diibaratkan memulang paku buah keras kepada Anwar yang meminta Ahli Parlimen Gombak itu meletakkan jawatan sekiranya benar beliau terlibat dalam video seks yang tular baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE