bunga-la
 

Hantar yang berbunyi “Oh. Malam ini akan ada persembahan bunga api kat Port Dickson,” membuatkan pengikutnya tertanya-tanya apa gerangan sambutan yang akan diadakan di kawasan pelancongan tersebut.

Dalam kekeliruan itu ada yang mencadangkan supaya dibawa bertih jagung bagi melihat pertunjukkan bunga api tersebut, komen tersebut menunjukkan seolah-olah individu berkenaan telah menghidu sesuatu.

Anwar
 

Sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR kini sedang meningkatkan tekanan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam masa terdekat ini.

Anwar mendakwa beliau mendapat sokongan yang penuh daripada ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menggantikan Dr. Mahahtir.

Hari ini seramai enam orang Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPP) PKR telah menandatangani petisyen sokongan terhadap Anwar dan selebihnya akan berbuat demikian dalam pertemuan petang ini di Port Dickson.

Enam daripada mereka iaitu Johari Abdul (Kedah), Amran Kamarudin (Perlis), Halim Bachik (Melaka), Azan Ismail (Terengganu), Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan), dan Mohamad Supardi Md Noor (Kelantan).

Antara yang masih belum menandatangani petisyen tersebut adalah Pengerusi Pimpinan Negeri Selangor, Amiruddin Shaari; Pengerusi the Pimpinan Negeri Pahang, Fuziah Salleh; Pengerusi Pimpinan Negeri Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Pimpinan Negeri Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar.

Selain itu mereka juga mengumumkan pembentukan Majlis Pengerusi Negeri PKR.

Penyelarasnya, Datuk Johari Abdul berkata, mereka menyokong penuh Presiden Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan masalah parti dan dalam masa sama pemimpin tertinggi parti itu juga perlu membantu dan mendengar masalah mereka di peringkat akar umbi.

“Ketepikan segala perbezaan dan bantu kami kerana kami yang berhadapan dengan rakyat. Kami perlu menjawab kepada rakyat berkenaan janji-janji telah dibuat dan sebagainya.

“Kita tidak kata kita diabaikan tetapi tidak cukup perhatian yang diberikan kepada kami.

“Oleh sebab itulah hari ini tertubuh majlis ini yang mana kita akan menjadi satu suara dalam memastikan agenda pembangunan di setiap negeri diberi perhatian oleh pimpinan Pusat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Learn to freehand visualize your ideas