Itu reaksi sinis Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai dakwaan bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Hamidah Osman bahawa Bersatu ditubuhkan atas cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Iyalah Lim Kit Siang mengadakan mesyuarat dengan semua pemimpin Melayu, adalah perlu pemimpin Melayu menubuhkan Bersatu, maka kita pun kata yalah. 

"Jangan ingat orang Melayu tidak boleh berfikir, orang yang kata mengenai perkara ini boleh ke Tanjung Rambutan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Terdahulu, Hamidah mendedahkan beliau merupakan pemberi maklumat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan Kit Siang untuk Dr. Mahathir menubuhkan Bersatu.

Hamidah mendakwa, beliau turut hadir dalam satu mesyuarat dipanggil oleh Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana ketika itu yang turut dihadiri beberapa pemimpin lain selepas gerakan Deklarasi Rakyat dilihat gagal membuahkan sebarang impak. -UTUSAN ONLINE