Kuala Lumpur, 13 April 2009- Shaiful Hazizy Zainol Abidin sebagai
Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin

Malah, Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu perlu dilakukan dengan segera untuk memastikan kelangsungan parti itu pada masa hadapan.

“Pemuda UMNO Kedah menggesa agar ia dilakukan dengan kadar segera kerana hakikatnya akar umbi masih setia dan menunggu arahan. Kita tidak sanggup lagi menanggung liabiliti peribadi ini.

“Parti harus bingkas bangun dan melaksanakan transformasi menyeluruh. Harus diingat rakyat sudah menghakimi kita, sudah tentunya kita perlu muhasabah diri dan bergerak ke hadapan sebagau satu pasukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) perlu kembali melihat ke hadapan dan membuat pembaharuan dengan lebih berkesan serta pada masa sama menjadi pembangkang yang lebih hebat dan berbisa.

“Untuk itu kita memerlukan perubahan kepimpinan dan pendekatan. UMNO dan BN tidak boleh berjaya menggugat dengan sekadar mempunyai kepimpinan dan cara mengurus seperti yang kita ada hari ini.

“Pemuda UMNO Kedah mohon agar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak segera mengatur proses transisi kuasa demi menyelamatkan parti. Sudah nyata bahawa beliau gagal mentadbir dan mempertahankan kuasa yang telah kita pegang selama 60 tahun,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akur bahawa rakyat telah membuat keputusan dan menerima kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu dengan hati terbuka.

“Hakikatnya apabila rakyat telah buat keputusan kita kena terima dan berharap kerajaan baru ini dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawab mereka dengan lebih baik berbanding dgn kerajaan sebelum ini,”katanya. - UTUSAN ONLINE