Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sistem demokrasi dan Perlembagaan negara ini perlu terus dijunjung bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran tanah air terus terjaga.

“Sepanjang diberi ruang mentadbir negeri, kami telah menjalankan amanah dengan sepenuh hati bagi memastikan kebajikan rakyat, kemajuan negeri dan kesejahteraan bumi jelapang padi ini dipelihara.

“Semoga negeri Kedah dan Malaysia tercinta terus maju serta terpelihara kedaulatannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE