Wakil Pemuda UMNO Perak, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, hal demikian ini kerana apa yang penting adalah semua pihak saling bersama dan menolak perpecahan.

“Masa pemilihan UMNO, ada yang sokong team KJ (Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin), ada yang sokong team presiden sekarang. Tapi lepas habis pengundian cukup-cukuplah berpecah.

“Apa salah berbeza pendapat asalkan kita bersama, akhirnya penyatuan itu lebih jelas,” katanya ketika berbahas dalam Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO, di sini hari ini.

Selain itu, Mohammad Sollehin mencadangkan satu lagi sayap Pemuda ditubuhkan bagi golongan yang berusia 25 tahun ke bawah.

Ujarnya, perkara itu sejajar dengan usaha Pakatan Harapan yang mahu menurunkan umur pengundi kepada 18 tahun.

“Pertambahan pengundi berjuta, bayangkan ketua pemuda umur 40 tahun dan anaknya 19 tahun, bayangkan anak dia nak lawan bapa dia bukan ke haru-biru.

“Tubuh sayap baru 25 tahun ke bawah supaya kita ada banyak platform untuk golongan muda,” katanya. - UTUSAN ONLINE