Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walau bagaimanapun Mohamed Azmin perlu menyedari fakta bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah selagi belum dibuktikan.

“Ya, awak boleh ambil cuti atau teruskan sahaja kerja.

“Awak tidak bersalah selagi belum dibuktikan,” katanya kepada pemberita selepas program Sidang Kemuncak Melangkau Paradigma di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini berkata, pemimpin-pemimpin politik yang dikaitkan dengan tuduhan salah laku boleh membantu agensi penguatkuasaan kita dengan sekurang-kurangnya bercuti sementara dari menjalankan tugas rasmi sehingga siasatan ke atas mereka selesai dijalankan sepenuhnya.

Menurut Shamsul Iskandar, tindakan itu penting bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dengan bebas dan adil serta menunjukkan kepada masyarakat bahawa pemimpin-pemimpin tersebut tidak cuba berselindung di sebalik jawatan tinggi, kedudukan dalam parti apatah lagi di belakang Perdana Menteri sebagai perisai pertahanan mereka. - UTUSAN ONLINE