Beliau membuat penafian itu selepas sebuah video memaparkan aksinya menggunakan payudara untuk membuka penutup botol ‘bottle cap challenge’ tular dalam media sosial

Bagaimanapun, aksi Azira Maria berkelakuan sedemikian mengundang kecaman pelbagai pihak termasuk pimpinan atasan partinya.

“Sebelum itu saya perjelaskan, saya bukan Ketua Srikandi saya cuma ahli biasa sahaja. Saya sudah pun diberitahu oleh orang atasan sebelum ini tentang tularnya video saya di media sosial.

“Saya tidak pernah pegang jawatan tertinggi di bahagian dan hanya ahli biasa Bersatu di peringkat awal lagi,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Baru-baru ini, portal Sabahkini2.com melaporkan seorang Ketua Srikandi Bersatu menunjukkan aksi membuka penutup botol menggunakan payudara bagi melariskan jualan produk kecantikan.

Menurut portal itu, Azira Maria dipercayai menggunakan laman penstriman video Youtube dan Instagram untuk menunjukkan kehebatannya dalam ‘bottle cap challenge’.

Beliau bagaimanapun mengulas bahawa video tersebut adalah untuk tujuan peribadi bukan mempromosikan produk perniagaannya seperti yang didakwa. - UTUSAN ONLINE