Cina (Dong Zong) kerana memainkan sentimen rasis dalam isu tulisan Jawi.

Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, malah segala agenda pendidikan negara telah ditolak sebelum ini oleh Dong Zong.

Menurutnya, Dong Zong punca kepada perpecahan kaum terutamanya dalam isu pendidikan sedangkan pendidikan seharusnya menyatukan bukan memecah belahkan.

Kata beliau, budaya rasis ini tidak akan membawa rakyat ke hadapan sebaliknya akan menarik rakyat ke belakang.

"Dong Zong tidak bersetuju dan menghasut rakyat untuk menolak pembelajaran tulisan Jawi dan khat alasannya ia adalah salah satu agenda Islamisasi.

"Dong Zong harus ingat, jika mereka hendak bawa agenda mereka sendiri, mereka perlu berhadapan dengan rakyat Malaysia yang bersama-sama dengan pendirian Tun Dr. Mahathir (Mohamad)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohd. Hafez turut mempertikaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dilihat mempertahankan Dong Zong dalam isu tulisan Jawi.

"Saya mahu bertanya apakah Kit Siang bersekongkol dengan Dong Zong dalam isu ini?," soal beliau.

Menurutnya, tulisan Jawi merupakan warisan negara malah penjajah Inggeris belajar menulis dan membaca dalam tulisan jawi.

Kata beliau, koleksi warkah Francis Light Muzium Perpustakaan British, perjanjian Sir Stamford Raffles dengan pihak Sultan Johor, Perjanjian Pangkor 1874, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957, semuanya ditulis dalam tulisan Jawi.

"Saya tidak akan menjadi lebih Islam dengan mempelajari tulisan Jawi, saya juga tidak akan menjadi Buddha atau Kristian dengan mempelajari tulisan Cina.

"Apek Lau tidak akan menjadi Islam dengan hanya mempelajari tulisan jawi. Mengapa? Kerana itu adalah seni tulisan bukan dakyah agama," katanya. - UTUSAN ONLINE