Itulah yang terlintas di fikiran apabila melihat sekeping gambar dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam akaun Twitter beliau, malam tadi.

Persoalan itu timbul kerana tiga lagi individu yang sedang duduk semeja dengan beliau ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Berserta dengan gambar itu, Najib menulis: "Kami sepakat demi masa depan parti, ummah dan negara."

Tidak pasti apa perancangan keempat-empat pemimpin itu.

Namun berdasarkan tulisan Najib itu, sudah tentunya berkaitan dengan survival UMNO serta orang Melayu. - UTUSAN ONLINE