Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana Zunar merupakan seorang pelukis yang mempunyai kepekaan politik mendalam terhadap isu-isu berkaitan dengan rakyat.

“Pemilihan kata, pemahaman rasa dan denyut nadi rakyat digabungkan dalam satu hasil karya seni oleh Zunar.

“Ini sebab mengapa karya Zunar popular, dan saya berharap agar karya Zunar dapat dipamerkan di negeri lain,” katanya ketika berucap merasmikan pameran solo Zunar di BSLNPP di sini hari ini.

Anwar saran karya Zunar dipamerkan di setiap balai seni negeri

ANWAR IBRAHIM ketika berucap merasmikan pameran solo Zunar di Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (BSLNPP).

Pameran bertajuk Art of Freedom itu menampilkan sebanyak 200 buah karya asli Zunar yang merupakan dokumentasi senario politik negara dalam bentuk humor.

Pameran itu merupakan pameran solo Zunar yang pertama diadakan di galeri seni visual di Malaysia.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pameran karya Zunar mengingatkan beliau kepada penderitaan yang pernah dilaluinya sebelum ini. - UTUSAN ONLINE