Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, selain itu, beliau turut memberikan taklimat berkenaan perkembangan terkini program-program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Selangor termasuk program air percuma, Skim Mesra Usia Emas dan lain-lain.

“Biro Politik mengambil pendirian program-program ini perlu ditambah baik secara berterusan dengan memastikan kumpulan sasar golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) sentiasa menjadi keutamaan, di samping pendanaan program yang perlu bersifat lestari,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung di ibu pejabat parti itu hari ini. - UTUSAN ONLINE