Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan dengan tujuh lagi pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Dalam Negeri telah mendapat sesuatu berharga iaitu wang tunai dalam pelbagai matawang.

Kesemua pertuduhan itu mengambil masa kira-kira 35 minit dihadapan Hakim Rozilah Salleh.

Ahmad Zahid dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia selain arahan pasport diserahkan kepada mahkamah dikekalkan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd .Mukhzany Faris Mohd. Mokhtar dan Zander Lim Wai Keong manakala Ahmad Zahid diwakili Peguam Kitson Foong serta dibantu peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd. Noh dan Mohd. Shahril Madisa. - UTUSAN ONLINE