Demikian perumpamaan yang diberikan bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengenai tahap kesetiaannya terhadap UMNO walaupun dilihat sering tidak sependapat dengan pucuk pimpinan parti.

Jelas beliau, perjuangannya dalam UMNO belum menyimpang malah memilih untuk terus setia bersama parti itu walaupun tidak mempunyai apa-apa jawatan besar di peringkat Pusat.

“Saya mungkin ada pandangan berbeza dengan pucuk pimpinan parti tetapi jangan ragu-ragu kesetiaan saya kepada UMNO.

“Takkanlah kita jadi parti di mana pendapat lain tak boleh diraikan. Jangan anggap pandangan saya tak sama bermaksud saya bersengketa, itu bukan bersengketa.

“Kita perlu terbuka menerima kepelbagaian pendapat dan belajar dari sejarah, jika tidak kita akan ulangi lagi kesalahan yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Ujong Pasir, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE