Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sokongan yang dinyatakan itu tidak bermaksud memboikot produk atau barangan bukan Islam atau bukan bumiputera.

Katanya, isu boikot tidak pernah timbul dan kempen ini memberi keutamaan untuk membeli barangan produk Islam.

“Kempen ini baik kerana ia dapat bantu usahawan-usahawan bumiputera yang tidak mendapat peluang seperti mana usahawan-usahawan bukan bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Tambah Asyraf Wajdi, pada waktu ini, terlalu ramai pemimpin kerajaan yang memainkan sentimen perkauman.

“Saya harap kerajaan berhenti memainkan sentimen perkauman dan rakyat semakin tidak boleh menerima perbuatan berkenaan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE