Bekas Perdana Menteri turut mempertikaikan nilai aset bersih Khazanah mengalami penurunan sebanyak 21.6 peratus menjadikan RM25 bilion berbanding RM91 bilion pada penghujung 2018 serta RM116 bilion pada tahun sebelumnya.

Menurut beliau, Khazanah juga merekodkan kerugian sebanyak RM6.3 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung sebanyak RM2.896 bilion pada tahun sebelumnya ketika kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

“Nilai aset yang diperoleh Khazanah tidak pernah mengalami penurunan dan naik sepanjang tempoh 10 tahun saya menjadi Perdana Menteri.

“Dalam tempoh ini juga, nilai aset bersih Khazanah telah merekodkan peningkatan iaitu RM82.3 bilion atau 244 peratus daripada RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 dan Rm116 bilion pada penghujung 2017,”

“Selepas kerajaan diambil alih kerajaan Pakatan Harapan (PH), nilai Khazanah terus jatuh kepada RM25 bilion menjadi RM91 bilion,” katanya menerusi hantaran akaun Facebook miliknya hari ini.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan hari ini membentangkan Ulasan Tahunan Khazanah 2019 (KAR 2019) yang menyaksikan bukan sahaja syarikat itu mengalami kerugian, malah turut mencatatkan penurunan nilai aset yang signifikan. - UTUSAN ONLINE