Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini keyakinan yang ditunjukkan menerusi pelabur-pelabur China menerusi perjanjian baharu yang dimeterai kedua-dua negara berhubung projek berkenaan.

“kita yakin bahawa kita akan dapat menarik syarikat-syarikat perindustrian untuk membina kilang-kilang di sepanjang jajaran ECRL itu.

“Dengan itu, ia akan menambah kargo yang akan diangkut ECRL sama ada ke Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Kuantan,” katanya sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan We Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanyakan mengenai perubahan trafik dan kargo serta kesan pendapatan terhadap syarikat yang menjalankan usaha sama dalam projek berkenaan. - UTUSAN-ONLINE