Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berpandangan setiap wakil rakyat termasuk pembangkang mempunyai pengaruh yang tersendiri, sekali gus perlu dihindari daripada menggunakan kedudukan untuk mendapatkan habuan.

“Sepatutnya semua akan isytihar harta mereka, kerana parti pembangkang pun ada pengaruh.

“Jadi kita tidak harus guna pengaruh kita untuk dapatkan bayaran. Kita akan bawa (usul ke Parlimen). Sama ada lulus atau tidak lulus itu soal lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan ruang pameran Marvel Studios di pusat beli-belah Pavilion di sini hari ini.

Sidang Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 akan berlangsung lagi dari 1 Julai hingga 18 Julai ini.-UTUSAN ONLINE