Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat kedua pula adalah had usia untuk menjadi calon pilihan raya turut diturunkan kepada 18 tahun.

“Kita tak akan sokong kalau tak sama, kita mahu 18 tahun secara automatik, berbeza dengan pindaan yang dicadangkan kerajaan iaitu 18 tahun sebagai pengundi tapi masih perlu berdaftar.

“Hak mengundi adalah hak semua rakyat, kita hendak memberi semua rakyat mengundi sebab sekarang ada tak mahu daftar dan tidak mahu guna hak mereka,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan harus mempertimbangkan cadangan dan pandangan pembangkang jika berhasrat untuk memastikan usul tersebut lulus.

Kata beliau, dua syarat yang dikenakan pembangkang itu wajar diambil kira agar kerajaan tidak perlu melakukan pindaan sebanyak dua atau tiga kali.

“Isu hari ini adalah hampir empat juta rakyat yang layak mengundi tapi tak berdfatar, jadi kerajaan kena selesaikan itu dahulu.

“Cara hendak menyelesaikannya adalah daftar secara automatik, kalau 18 tahun tidak mendaftar secara automatik kita tambah lagi bilangan mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi, jadi tak tercapai maksud ingin tingkatkan kesedaran politik dalam kalangan rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE