Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, lebih-lebih lagi jika pemandu-pemandu berkenaan menduduki kursus terlebih dahulu sebelum menjawab ujian tersebut.

“Saya semalam pun menduduki ujian itu sebab saya sengaja ingin mengetahui soalan-soalan yang ditanya dan saya lulus mendapat 82 markah.

“Daripada 60 soalan saya dapat jawab 49 soalan, walaupun saya tak mengikuti kursus itu sebab banyak soalan yang logik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Siew Fook, jika mereka gagal ujian pada kali pertama, tiada masalah untuk mengulangi ujian tersebut pada kali kedua dan seterusnya.

“Tiada masalah, mereka boleh menduduki semula, tiada siapa yang halang. Mereka ada kursus dan boleh menduduki semula.

“Kali pertama mungkin tidak arif, tapi kalau gagal mereka boleh daftar dan duduki semula pada hari kedua dan seterusnya,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf Ali berkata, kurang 10 peratus daripada 200,000 pemandu perkhidmatan e-hailing kini memiliki PSV dan mengatakan faktor seperti yuran yang mahal dan ujian susah sebagai masalah yang dihadapi mereka. - UTUSAN ONLINE