Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, orang muda di negara ini sebaliknya akan tunggu dan lihat parti mana yang akan memberi hala tuju terbaik kepada mereka dan negara.

“Jadi tak timbul pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Tambah Khairy, pembangkang pada dasarnya bersetuju dengan pindaan tersebut namun lebih baik kerajaan melakukan pindaan itu serentak dengan cadangan pembangkang.

“Pada dasarnya kita setuju tapi sepatutnya pindaan itu datang sekali,” katanya. - UTUSAN ONLINE