Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sudah meneliti dengan cermat mengenai perkara ini.

Beliau malah memberitahu, kementerian juga tidak perlu merubah struktur sedia ada dalam PPN.

“Saya meneliti dengan cermat ayat-ayat yang Ahli Parlimen Rembau kemukakan setakat ini. Setakat pukul 10.16 pagi, kementerian tidak menerima apa-apa usul dokumen rasmi atau surat PPN dibubarkan.

“Oleh itu, saya tidak perlu merubah struktur sedia ada dan usul itu (PPN bubar) tidak relevan,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang bertanyakan mengenai usul PPN dibubarkan dan langkah-langkah intervensi kementerian berhubung isu berkenaan. - UTUSAN ONLINE