Kehadirannya malah dibangkitkan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ketika bertanyakan soalan mengenai isu-isu Felda, yang bagaimanapun hanya dijawab oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

Bagaimanapun, Mohd. Radzi menjelaskan, Mohamed Azmin tidak dapat hadir kerana baru berlepas ke Vienna, Austria untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Mohamed Azmin menjadi perhatian ekoran pelbagai isu-isu politik yang timbul berkaitan kepemimpinan partinya. - UTUSAN ONLINE