Kata menteri itu, meskipun sumbangan yang diberikan fokus kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Johor, namun impak tersebut dapat dirasai ke seluruh negara dengan ramai pemain JDT mewakili Malaysia.

"Saya juga kena ucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail kerana memainkan peranan yang sangat penting dan mustahak dalam membangunkan landskap bola sepak khususnya melalui pembangunan di Johor sendiri.

"Ini kerana akhirnya pemain-pemain yang dilatih di Johor akan mewakili negara untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada RSN Rayer (PH-Jelutong) semasa sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Rayer bertanyakan adakah kementerian mahu mengadaptasi corak pembangunan bola sepak JDT terhadap pasukan negara. - UTUSAN ONLINE