Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, ini kerana bukan semua haiwan eksotik boleh dijadikan haiwan peliharaan dan ada sesetengahnya dilindungi.

Beliau malah memberitahu, kesesuaian tempat peliharaan juga turut diambil kira bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua pihak dipelihara.

“Kalau ikut undang-undang sedia ada, sesiapa yang hendak bela haiwan peliharaan, mereka kena dapat kelulusan dari menteri.

“Kita ada SOP yang kita sediakan juga. Jangan keliru dengan anak anjing dan sebagainya. Kena lihat di mana mereka simpan haiwan peliharaan ini. Jika di pangsapuri, ia susah berbanding Kawasan bertanah,” katanya sewaktu sesi menjawab pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang bertanyakan mengenai SOP untuk membela haiwan eksotik yang kini menjadi kegilaan anak-anak muda di negara ini. - UTUSAN ONLINE