Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sesi dialog tersebut akan diadakan oleh Jawatankuasa Latihan Siswazah secara berperingkat di seluruh negara.

“Langkah itu susulan kaji selidik dilakukan oleh sebuah forum doktor menerusi dalam talian, Doctors Only Bulletin Board System (DOBBS) yang mendapati 80 peratus doktor muda pernah dibuli di tempat kerja” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE