Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohammad Ariff Md. Yusof berkata, beliau yang mewakili Ahli-Ahli Parlimen mendoakan Dr. Mahathir supaya dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan fikiran yang bijaksana untuk memimpin negara.

“Bagi pihak ahli-ahli dari Parlimen Malaysia, dengan penuh sukacitanya ingin menyampaikan selamat ulang tahun kelahiran ke-94 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

“Kita sama-sama doakan agar Dr. Mahathir terus dipanjangkan usia, disihatkan tubuh badan dan terus dilimpahi akal fikiran yang bijaksana, serta diberi petunjuk dan hidayah untuk memimpin negara ke tahap yang akmur dan aman sejahtera.

“Sesungguhnya, semangat gigih Dr. Mahathir pada usia ini akan menjadi pembakar semangat kita semua dalam usaha masing-masing untuk memartabatan negaar ini. Terima kasih Tun,” katanya sewaktu memulakan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sewaktu kata-kata itu diluahkan, Dr. Mahathir kelihatan tertunduk malu dan tersenyum apabila mendengar doa-doa yang dipanjatkan untuknya. - UTUSAN ONLINE