Fuziah Salleh

Walau bagaimanapun, jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pengeluaran yang tinggi itu adalah menjadi kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu selepas pengumuman hibah diisytiharkan.

"Jumlah simpanan terkumpul pendeposit pada 4 April 2019 iaitu sebelum pengumuman hibah 2018 adalah berjumlah RM74.1 bilion manakala simpanan terkumpul pendeposit pada 31 Mei 2019 adalah berjumlah RM71.1 bilion.

"Pngeluaran yang tinggi ini adalah menjadi kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ini selepas pengumuman hibah diisytiharkan," katanya sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah perbezaan duit deposit Tabung Haji selepas pengumuman bonus dan jumlah wang pendeposit yang dikeluarkan selepas pengumuman bonus.

Sementara itu, jelas Fuziah, selepas pengumuman hibah 2018, keyakinan pendeposit kepada Tabung Haji dilihat kekal dan utuh berdasarkan dengan pertambahan bilangan pendeposit baharu dan jumlah simpanan yang konsisten.

"Pendeposit baharu bagi tempoh Januari 2019 hingga Mei 2019 iaitu selepas pemulihan dan penstrukturan semula Tabung Haji adalah sebanyak 133,000 orang dengan jumlah deposit baharu sebanyak RM83 juta.

"Bagi tempoh April hingga Jun 2019 iaitu selepas pengumuman hibah pada 5 April 2019, Tabung Haji mencatatkan pertambahan pendeposit baharu yang melebihi 46,000 orang. Selain itu, tiada sebarang pengeluaran yang luar biasa sehingga JUn 2019, ini menggambarkan keyakinan pendeposit terus konsisten terhadap Tabung Haji," katanya. UTUSAN ONLINE.