Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, setakat ini, hal itu masih dalam peringkat penyediaan kertas Jemaah Menteri.

Katanya, hal ini akan diangkat untuk pertimbangan dan persetujuan dasar.

“Kementerian juga akan membuat persediaan yang lebih menyeluruh dan komprehensif bagi pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan setelah mendapat keputusan Jemaah Menteri nanti,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang bertanyakan perkembangan kajian yang dibuat oleh kementerian berkenaan berhubung pelaksanaan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan adakah ia akan dijalankan dalam masa terdekat. - UTUSAN ONLINE