Penjimatan itu adalah untuk tempoh hayat konsesi yang sedia ada.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan hendak pastikan kadar caj yang jauh lebih kurang daripada apa yang mereka (pengguna) bayar sekarang.

Katanya, selama ini, semua pengguna tol masih membayar tol ikut kontrak konsesi sedia ada manakala melalui pengambilalihan, pengguna hanya membayar caj kesesakan.

“Ia (pengambilalian lebuh raya) memberi manfaat kepada semua pihak.

“Kita nak pastikan kerajaan sekurang-kurangnya dapat berjimat sebanyak RM5.3 bilion dan pengguna boleh jimat dalam bentuk pengurangan bayaran tol sebanyak RM2 bilion untuk tempoh hayat konsesi,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanyakan mengenai formula-formula pengambilalihan lebuh raya berkenaan dari kerajaan. - UTUSAN ONLINE