Sehubungan itu, kata Guan Eng, pandangan awal Kementerian Kewangan setakat ini adalah senada dengan kedua-dua pemegang saham tersebut.

"Tetapi tentu kita akan berpandukan apa yang diluluskan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Maju Holdings dilaporkan sudah beberapa kali membuat tawaran untuk mengambil alih PLUS namun tidak berjaya.

Terbaharu, syarikat itu menawarkan pengambilalihan dengan cadangan pengurangan kadar tol dari 25 hingga 36 peratus bergantung kepada tempoh lanjutan konsesi tol berkenaan. - UTUSAN ONLINE