Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini selaras dengan Perkara 6 dalam Perlembagaan ASEAN mengenai penerimaan anggota baharu ASEAN.

Beliau malah memberitahu, ia juga selaras dengan prinsip ASEAN terutamanya Malaysia yang berpegang kepada konsep dan prinsip memakmurkan kejiranan.

“Saya sendiri telah berpeluang untuk menyampaikan sokongan Malaysia kepada Timor-Leste secara terus sewaku lawatan Menteri Luar Timor Leste, Dr. Dionisio de Costa Babo Soares ke Malaysia pada 1 hingga 2 Julai lalu.

“Saya telah memaklumkan bahawa Malaysia sentiasa konsisten dengan pendiriannya dalam menyokong Timor-Leste untuk menyertai ASEAN sejak permohonan mereka pada lapan tahun lalu,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Wong Hon Hai (PH-Bukit Bendera) yang meminta menteri menyatakan status diplomatik dengan Timor-Leste dan adakah Malaysia menyokong kemasukan negara itu ke dalam ASEAN. - UTUSAN ONLINE