Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, MAGB sedang melaksanakan usaha bersepadu untuk mengurangkan kerugian melalui peningkatan pendapatan dan inisiatif rasionalisasi kos MAB.

Katanya, MAB juga kini giat meneroka elbagai peluang strategik serta rangkaian kerjasama yang mampu membawa kebaikan kepadanya.

“Kerajaan terbuka dan mengalu-alukan sebarang cadangan mana-mana pihak bagi menyelamatkan Malaysia airlines termasuk pembelian oleh sektor swasta,” katanya sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk memulihkan prestasi MAB dan keberkesanannya. - UTUSAN ONLINE