RAMLI: Ketika menjadi pe­gawai polis dahulu saya ber­khidmat untuk masyarakat, kini menjadi wakil rakyat pun masih bekerja untuk rakyat. Jadi tiada sebarang perubahan yang keta­ra, platform sahaja berbeza. Tia­dalah kejutan budaya, masih boleh menyesuaikan diri.

Pengalaman hari pertama di Dewan Rakyat menyaksikan sendiri perbahasan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen, bagaimana pandangan Yang Berhormat?

Bila kita pergi berperang, kita kena ada ilmu, persiapan dan peraturan buku serta praktikal. Hari pertama kedua, kita lihat dan belajar baharu kita boleh beri yang terbaik berbanding pergi membuta tuli, langgar dinding, orang pun tak hormat.

Jadi saya hendak lihat dan bandingkan dengan peraturan-peraturan Dewan Rakyat, baru boleh nak mula. Ini boleh cakap, ini tak boleh cakap, ini tak boleh usik, ini boleh.

Apa perasaan Yang Berhor­mat apabila menyaksikan sendiri pemimpin kerajaan dan pembangkang di dewan hari ini?

Paling mustahak bagi saya adalah apa yang kita tak boleh buat, itu lebih selamat.

Mereka yang hendak melanggar peraturan itu, terpulanglah pada diri masing-masing tapi bagi saya akan ikut peraturan.

Sebab saya bukan hanya bawa diri saya, tapi saya bawa suara rakyat jadi tak naklah bawa satu suara yang sumbang. Selain saya juga pegawai polis dahulu, jadi kena jagalah tatatertib serta tatasusila cara kita berdebat.

Apa perasaan Yang Berhormat apabila melihat nama-nama hebat dalam kalangan pe­mimpin kerajaan dan pembangkang di dewan hari ini?

Biasa sahaja, tiada sebarang perasaan gerun atau isu pun.

Semasa saya menjadi pegawai polis dahulu, saya banyak berdepan dengan kes-kes jenayah komersial jadi sudah kebiasaan berdepan dengan CEO, Menteri dan orang korporat yang biasa ambil kenya­taan mereka malah memanggil mereka untuk menjadi saksi bagi kes pendakwaan.

Adakah Yang Berhormat akan berkongsi beberapa idea berdasarkan pengalaman kerjaya dahulu kepada dewan nanti?

Saya boleh memberi idea dalam perundangan dan keselamatan, insya-Allah sebab hampir 10 tahun saya terlibat dalam kes pendakwaan di mahkamah.