Pengerusi PAC, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, semua ahli PAC berjaya mencapai keputusan sebulat suara untuk menyiapkan laporan tersebut khususnya rumusan dan syor berhubung tuntutan itu.

"Saya perlu akui ia adalah satu prosiding yang lama apabila PAC mengambil masa selama 11 bulan untuk menyiapkan laporan ini dengan mengadakan 10 mesyuarat prosiding membabitkan 10 saksi.

"PAC juga mendapat taklimat daripada Jabatan Audit Negara sebanyak tiga kali serta mendapat pandangan daripada Jabatan Peguam Negara selain mengadakan mesyuarat penyediaan laporan ini sebanyak empat kali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Laporan tersebut boleh diakses orang ramai selepas dibentangkan dengan memuat turun di laman web PAC pada pautan www.parlimen.gov.my/pac. - UTUSAN ONLINE