Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, hal ini kerana Malaysia Airlines (MAS) berada di bawah tanggungjawab Khazanah dan syarikat pelaburan negara itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Terpulang kepada dua syarikat penerbangan itu untuk membuat keputusan masing-masing termasuk keputusan komersial,.

“Ramai yang menyangka masa depan MAS di bawah Kementerian Pengangkutan, sedangkan bukan begitu kerana MAS di bawah bidang kuasa Khazanah dan Pengerusinya adalah Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin berkata, AirAsia dilihat sebagai pengendali penerbangan yang mampu menyelamatkan MAS selain menyifatkan “adalah lebih baik untuk MAB ‘berkahwin’ (disatukan) dengan AirAsia daripada sewenang-wenangnya membiarkan jenama ikonik itu berkubur. - UTUSAN ONLINE