KETUA Dewan Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin. - UTUSAN ONLINE

Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin turut menzahirkan kecurigaan bagaimana tragedi tersebut boleh berulang dalam masa yang singkat.

“Seluruh rakyat Malaysia masih merasa bersedih di atas tragedi berulang yang menimpa penduduk Pasir Gudang, Johor akibat pencemaran sisa toksik yang masih dalam siasatan pihak berwajib.

“Dewan Pemuda Pas curiga bagaimana tragedi ini boleh berulang dalam masa yang singkat.

“Adakah disebabkan oleh proses pembersihan yang tidak lengkap atau berpunca daripada sumber pencemaran yang baharu?”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu meningkatkan penguatkuasaan khusus dalam peruntukan pengurusan sisa toksik berdasarkan Pengurusan Bahan Buangan Terjadual Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Bahan Buangan Terjadual (PPBBT) 2005.

“Kami memandang serius perkara ini memandangkan peruntukan yang sedia ada di dalam PPBBT mewajibkan pihak pengeluar sisa toksik untuk memaklumkan kepada pihak berwajib dalam masa 30 hari.

“Dewan Pemuda Pas melihat peruntukan PPBBT yang menetapkan garis panduan pengurusan sisa buangan terjadual bermula dari mula sisa toksik dihasilkan sehinggalah dilupuskan secara selamat sepatutnya dapat menghalang tragedi ini daripada berulang,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE