Timbalan Menterinya, Dr. Lee Boon Chye berkata, pindaan ini akan memperuntukkan larangan ke atas aktiviti perladangan,penanaman, pengimportan, pengeksportan, pembekalan, penjualan, dan pemilikan pokok psikoaktif berkenaan.

Katanya, cadangan kawalan ini diharap dapat membendung masalah penggunaan ketum yang mempunyai banyak kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

“Sebelum ini, alkaloid mitragynine yang didapati dalam daun ketum adalah dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah jadual ketiga, Akta Racun 1952 (Akta 366) sejak tahun 2003 dan terdapat kawalan khas ke atas aktiviti pengimportan, penjualan, pembekalan, pemilikan dan penggunaannya di bawah Peraturan-Peraturan Racun (Bahan-bahan Psikotropik) 1989,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Shabudin Yahya (PH-Tasek Gelugor) yang bertanyakan isu penggunanan daun ketum dalam kalangan rakyat Malaysia dan pengalaman kementerian dalam menguruskan pesakit-pesakit yang menggunakan bahan terlarang tersebut. - UTUSAN ONLINE