Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof membuat penetapan berkenaan setelah berpuas hati dengan penjelasan wakil pembangkang berkenaan selain meneliti hansard kenyataan Noh dalam sesi perbahasan semalam.

Bagaimanapun, kekecohan berlaku apabila pertikaman lidah antara wakil kerajaan dan pembangkang tidak berhenti dan menjadi tidak terkawal.

Sehubungan itu, sidang Dewan Rakyat ditangguhkan selama 15 minit berikutan kekecohan yang berlaku.

“Saya memberi kesempatan untuk membela diri, tak disebut pun (keputusan) akan ditarik balik.

“Saya menggunakan kuasa sorang Speaker (Yang Dipertua) di bawah Peraturan 44,Peraturan 6, untuk menangguhkan majlis ini selama 15 minit,” kata Mohamad Ariff. - UTUSAN ONLINE