Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, mengambil tindakan terhadap penjenayah sahaja tidak mencukupi kerana kanak-kanak ymempunyai masa depan yang masuh panjang.

“(Kita fokus) Proses pemulihan, kerana kalau jenayah melibatkan kanak-kanak, kanak-kanak melakukan jenayah terhadap kanak-kanak lain, atau adik kepada abang, mereka masih muda dan masa depan mereka panjang. Kalau kita tak kaunseling atau (lakukan) rehabilitasi, ia akan jadi beban kepada kerajaan.

“Jadi untuk kes-kes sebegini, tak cukup dengan hanya menangkap orang yang lakukan jenayah. Kita kena kaji apa yang berlaku dalam keluarga tersebut, melibatkan jenayah seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, seorang remaja perempuan berumur 14 tahun ditahan bersama teman lelakinya kerana dipercayai membunuh abang kandungnya berusia 16 tahun di Taiping, Perak. - UTUSAN ONLINE