Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dewan Rakyat turut dicadangkan supaya membuka kaunter di Parlimen bagi membolehkan pengisytiharaan harta dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen dilakukan.

“Bagi Pas, kita tidak ada masalah apabila lulus kita mengalukan pihak membuka kaunter untuk isytiharkan harta.

“Daripada segi isytihar harta ini, esok mungkin berubah, bulan depan akan berubah dan setiap setahun akan berubah lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, usul mencadangkan setiap Ahli Parlimen wajib mengisytiharkan harta masing-masing mendapat persetujuan sebulat suara ahli-ahli Dewan Rakyat. - UTUSAN ONLINE