Ia berikutan bayangan yang diberikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

"Mestilah ada campur tangan, sebab itu dia beri kenyataan sebegitu," katanya dalam sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan mengkaji perkara tersebut.

"Kami akan lihat sama ada wujud campur tangan atau tidak," katanya.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan beliau diberitahu Kerajaan Negeri Johor membuat tiga keputusan berbeza tentang had umur belia dalam tempoh dua hari kerana menerima pandangan pihak istana.

"Saya diberitahu kerana pandangan istana Johor. Ini soal pentadbiran sewajarnya diberi ruang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar yang seragam, kalau tidak esok akan timbul kekecohan," katanya. - UTUSAN ONLINE