Menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, beliau berharap perkara itu tidak berlaku dan Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal perlu menjelaskan perkara itu kepada pihak istana.

"Saya diberitahu kerana pandangan istana Johor. Ini soal pentadbiran sewajarnya diberi ruang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar yang seragam. Kalau tidak esok akan timbul kekecohan.

"Saya minta pihak Menteri Besar timbang masak-masak, boleh pergi jumpa dan jelaskan dengan istana dan diharap istana tidak mencampuri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, dalam tempoh 24 jam, Kerajaan Negeri Johor membuat dua keputusan berbeza tentang penurunan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Selepas mengumumkan menerima perubahan kerajaan Persekutuan untuk menurunkan had umur kepada 30 tahun, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberitahu kerajaan negeri kembali kepada pendirian Dr. Sahruddin sehari sebelum itu yang mahu had umur belia kekal 40 tahun. - UTUSAN ONLINE