Beliau menegaskan, hak milik tanah akan tetap dimiliki peneroka cuma kerajaan mahu membantu mewujudkan ladang pada skala ekonomi yang mencukupi untuk mengusahakan tanaman baharu.

“Hak milik masih milik peneroka tetapi sekarang ini pemilikan terlalu kecil. Hanya 10 ekar (empat hektar) setiap peneroka.

“Kedua, dimaklumkan 70 peratus peneroka berusia 60 tahun ke atas, mereka tiada kapasiti bekerja di ladang. Jadi, kita mahu menyediakan teknologi baharu untuk mereka tetapi perlu cantumkan tanah ini. Kita perlu dapatkan kebenaran peneroka sebab itu tanah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau menambah, kerajaan kini sedang cuba mendapatkan peneroka yang bersetuju mencantumkan tanah supaya projek rintis untuk cadangan itu dapat dilaksanakan. - UTUSAN ONLINE