Sempena sambutan ulang tahun Parlimen Malaysia yang ke-60, beliau turut berharap supaya Parlimen akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

"Marilah kita panjatkan doa dan beriltizam untuk berkhidmat dengan jujur, amanah dan ikhlas supaya Parlimen Malaysia terus berkembang.

"Semoga Parlimen Malaysia juga diperkukuhkan dalam konteks demokrasi berparlimen demi kesejahteraan rakyat dan negara kekal makmur dan terpelihara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, Mohamad Ariff turut menzahirkan penghargaan kepada semua anggota dan kepemimpinan terdahulu di atas sumbangan dan khidmat bakti diberikan.

"Saya ingin merakamkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua warga Parlimen Malaysia yang terdahulu dan sekarang atas segala khidmat bakti dan sumbangan.

"Demi menjadikan Parlimen Malaysia sebagai institusi yang unggul di negara dan dihormati dalam dan luar negeri," ucapnya. - UTUSAN ONLINE