Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan kini dalam proses untuk menyusun peruntukan dalam akta tersebut.

"Kita menarik balik undang-undang dahulu (Akta Hasutan) untuk digantikan dengan undang-undang baharu.

"Kita dalam status menyusun semula ayat-ayat dalam undang-undang ini. (Kita lakukan) secepat mungkin," katanya dalam sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Bantahan penggunaan Akta Hasutan 1948 kedengaran semula apabila pendakwah yang juga ahli PKR, Wan Ji Wan Hussin ditahan di bawah akta itu atas kesalahan menghina institusi diraja baru-baru ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas penahanan tersebut dan mendakwa mahkamah menjatuhkan hukuman yang bersifat drakonian terhadap Wan Ji.

Anwar turut berkata beliau akan berjumpa Dr. Mahathir bagi membincangkan isu tersebut. - UTUSAN ONLINE